Misi, Visi dan Objektif


MISI

Untuk mendapatkan Pengisytiharan Rasmi daripada The United Kingdom Great Britain dan Northen Ireland (UK) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bahawa Negara Sabah (sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara) dan Negara Sarawak (dahulu dikenali sebagai Kingdom of Sarawak) sudah tidak lagi berminat untuk terus menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia, dan seterusnya menjadi Negara yang benar-benar Merdeka dan Berdaulat di Asia Tenggara yang bakal dikenali dengan nama "Republik Negara Borneo Utara (Sabah)" dan "Republik Negara Sarawak". 


VISI 

Untuk mengaktifkan semula status Kemerdekaan Negara Sabah dan Kemerdekaan Negara Sarawak yang telah diberikan oleh British sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Dengan demikian, akan benar-benar dapat membangunkan negara-negara ini menjadi antara negara-negara yang maju di Asia Tenggara.


OBJEKTIF

1. Untuk mendidik rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak tentang kebenaran di sebalik sejarah PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 1963, HAK Negara Sabah dan HAK Negara Sarawak MENGIKUT MEMORANDUM 18/20 PERKARA

2. Untuk meningkatkan kesedaran dan semangat Patriotisme dikalangan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak terhadap negara-negara mereka (Sabah dan Sarawak). Justeru, mencetuskan semangat nasionalisme terhadap negara sendiri yang telah lama berada dibawah penindasan dan manipulasi Kerajaan Tanah Melayu (malaya) dan juga pemimpin tempatan yang rosak. 

3. Mengumpul 300,000 tandatangan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak untuk dikemukakan ke United Kingdom of Great Britain dan Northen Ireland (UK) dan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa Negara Sabah dan Negara Sarawak sudah tidak lagi berminat untuk terus berada sebahagian daripada Persekutuan Malaysia bersama dengan Malaya. 

In Sovereignity We Breathe, In Unity We Believe

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...