18 Dan 20 Perkara

MEMORANDUM 18 & 20 PERKARA DIANTARA KERAJAAN NEGARA SARAWAK, SABAH DAN MALAYA


PERKARA 1: AGAMA
Walaupun tiada bantahan terhadap Islam menjadi agama rasmi Malaysia, agama rasmi tidak ada di Borneo Utara dan peruntukan berhubung dengan Islam mengikut Perlembagaan Malaysia hendaklah tidak merangkumi Borneo Utara.


PERKARA 2: BAHASA
(a) Bahasa Melayu hendaklah menjadi Bahasa Kebangsaan Persekutuan;
(b) Bahasa Inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia.
(c) Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan baik pada peringkat Negeri mahupun Persekutuan tanpa had tempoh.


PERKARA 3: PERLEMBAGAAN
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas Perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Malaysia hendaklah menjadi dokumen antara negeri dan bukan berbentuk beberapa siri pindaan terhadap Perlembagaan yang dipersetujui dalam keadaan yang berlainan sama sekali. Perlembagaan baru untuk Borneo Utara sudah tentu perlu.


PERKARA 4: KETUA PERSEKUTUAN
Ketua Negara Borneo Utara tidak boleh menjadi Ketua Negara Persekutuan.


PERKARA 5: NAMA PERSEKUTUAN
“ Malaysia” bukannya “Melayu Raya”


PERKARA 6: IMIGRESEN
Kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawasan di Malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa Kerajaan Pusat tetapi kemasukan ke Borneo Utara perlu mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh menghalang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas sebab keselamatan.

Borneo Utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara selain daripada yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan di Borneo Utara.


Fakta menarik: Perkara 7: hak untuk keluar dari persekutuan malaysia tiada termaktub dalam perjanjian ini dan hanya diungkit dimeja rundingan sahaja.

PERKARA 7: HAK PEMISAH
Tidak harus ada sebarang hak untuk berpisah daripada Persekutuan.


PERKARA 8: PEMBORNEONISASI
Pengambilalihan perkhidmatan awam oleh rakyat Borneo Utara hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin.


PERKARA 9: PEGAWAI BRITISH
Segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para pegawai British kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang-orang yang layak dari Borneo Utara.


PERKARA 10: KEWARGANEGARAAN
Saranan-saranan dalam perenggan 148(k) Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat Borneo Utara dalam Persekutuan, tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut:
(a) Perenggan kecil (I) tidak harus mengandungi peruntukan menetap selama lima tahun;
(b) Demi menyelaraskannya kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi tujuh daripada sepuluh tahun bukannya lapan daripada dua belas tahun; dan
(c) Perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibubapa – seseorang yang lahir di Borneo Utara selepas Malaysia mestilah menjadi warganegara Persekutuan.


PERKARA 11 : TARIF DAN KEWANGAN
Borneo Utara hendaklah berhak mengawal kewangan tabung, pembangunan dan tarifnya sendiri.


PERKARA 12 : KEDUDUKAN ISTIMEWA KAUM BUMIPUTERA
Pada prinsipnya suku kaum Anak Negeri di Borneo Utara hendaklah menikmati hak-hak istimewa seperti yang dinikmati oleh kaum Melayu di Malaya tetapi formula Malaya yang digunakan di Malaya ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk Borneo Utara.


PERKARA 13: KERAJAAN NEGERI
(a) Ketua Menteri hendaklah dipilih oleh anggota-anggota Majlis Perundangan tidak rasmi;
(b) Sistem berkementerian yang sempurna hendaklah diwujudkan di Borneo Utara.


PERKARA 14: TEMPOH PERALIHAN
Tempoh peralihan hendaklah diserahkan pada Negeri Borneo Utara oleh Perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Persekutuan.


PERKARA 15: PELAJARAN
Sistem pendidikan yang ada di Borneo Utara sekarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.


PERKARA 16: PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN
Kerajaan Pusat tidak boleh membuat sebarang pindaan, mengubahsuai atau menarik balik mana-mana perlindungan khas yang telah diberikan kepada Borneo Utara tanpa persetujuan Kerajaan Borneo Utara. Kuasa meminda Perlembagaan Negeri Borneo Utara adalah hak mutlak rakyat negeri itu.


PERKARA 17 : PERWAILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN
Ini hendaklah mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga saiz dan potensinya dan dalam apa keadaan pun tidak harus kurang daripada Singapura.


PERKARA 18: GELARAN KETUA NEGARA
Yang Di Pertua Negara


PERKARA 19 : NAMA NEGARA
Sabah


PERKARA 20 : TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN
Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kuasa Majlis Tanah Negara tidak harus merangkumi Borneo Utara. Majlis Kebangsaan bagi Kerajaan Tempatan juga tidak harus merangkumi Borneo Utara.


***Dibawah: Dokument Memorandum 20 Perkara yang telah dihantar kepada Inter-Governmental Committee pada tahun 1962***





 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...